TUKAR SISTEM TV ANALOG KE SISTEM TV DIGITAL

by - 1:53 PTG

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tahukah anda seluruh Malaysia akan melangkah ke satu era siaran digital mulai 30 September 2019 ini? Kepada anda yang masih menggunakan antena analog, anda tidak akan menerima siaran TV selepas 30 September 2019 nanti. Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara yang menggunakan siaran digital sepenuhnya selepas negara Singapura dan Brunei. Sistem digital ini akan membolehkan anda menikmati mutu siaran lebih baik dan berkualiti. Walaupun anda masih menggunakan TV lama siaran digital boleh jadikan gambar di TV anda dalam bentuk HD. Bermakna anda akan nampak gambar lebih cantik dan terang.

Dekoder MyTV



Di mana untuk dapatkan dekoder?


Anda belum ada dekoder? Jangan risau kerana di mana-mana kedai elektrik atau kedai menjual TV ada menjual dekoder. Jika anda mahukan siaran berbayar, anda boleh melanggan Astro. Bagi anda yang ingin siaran percuma ada boleh membeli dekoder NJOI atau pun MyFreeView. 

Jika anda membeli TV jenis IDTV atau DTTV anda tidak perlu lagi memasang dekoder kerana ianya telah wujud dekoder terbina dalam. Jadi anda hanya perlu sambung TV anda kepada antena UHF. Sekarang anda boleh pilih sama ada beli dekoder atau tukar TV baru.

Apa itu MyFreeView ?

MyFreeView atau Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Beli Dekoder Secara Online

Tahukah anda, bahawa anda boleh membeli dekoder MyTV ini secara online. Anda boleh memilih untuk beli dari dalam negara ataupun di luar negara. Ianya ada dijual di Lazada dan Shopee.

You May Also Like

0 ulasan