TAK FAHAM

by - 7:51 PTG


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Aku ni memang pelik. Sebab aku susah sangat nak faham orang. 

Ada masalah rumah tangga report kat fb, lepas tu ramai la duk kutuk suami/isteri kat fb tu. Aku ni tau juga masalah tu, tapi cuba tanya pada diri apa hang duk buat selama ni betoi ka?  Hmm tanya k. Bukan tanya kat fb. 

Aku tau aku pun susah. Hang pun sedaq hang susah. Jadi jangan la hidup stail orang kaya. Bersyukur la apa yang ada. Jalan2. Dah susah jimat sikit duk rumah ja. 

Lagi tu kita kalau susah tak perlu la nak beli itu ini nak rai sambutan itu ini.  Simpan duit untuk nak belanja makan hari-hari tu. Ni bila hang tak dak duit mula up status kat fb cakap pasangan tak support  bagai. Dia support pun ada hang nampak ka? Rasanya hang tak sedaq. 

Lagi satu kes, bawak la faham sama. Orang tu kekadang dia susah tak cukup makan. Jadi tak payah duk fikiaq pasal dia tak duit beli ubat lak. Makan penting tau. Ubat klinik 1 Malaysia ada jangan risau. Ni bagi ubat herga ratus2 buat apa baik bagi duit ja bagi dia beli makan. Hmmmm. 

Ni plastik sampah pun hampa bagi kat dia. Benda hat simple jangan la hampa duk buat teruk fikiaq. Dia tu nak belanja tak cukup. Bagi duit boleh la dia fikiaq nak buh minyak moto pi kerja bagai. 

Aku tintong dah dengan perangai manusia ni. Aku tak faham camna hampa fikiaq. Maybe betoi aku ni alien. 

Memang aku tau post kali ni akan mengundang parah buat diri sendiri. Akhir sekali jangan kecam aku. Bye... 

You May Also Like

0 ulasan