• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Diari Encik Zumal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama Zumal tak berkongsi melalui blog ini kan? Hmm. Hari ni Zumal nak kongsikan satu topik buat anda semua. Membantu Diri Sendiri.

Bagaimana untuk membantu diri sendiri??? Sebelum kita membantu orang lain adalah wajar kita membantu diri kita sendiri. 

Bagaimana? Kita sememangnya telah selalu membantu orang lain tanpa kita sedari. Kita selalu berbelanja, beli makanan, minuman, barang dapur, penjagaan diri, dan lain-lain sebenarnya kita dah membantu peniaga tersebut. 

Kita tanpa sedari berada dalam kerugian. Kerugian yang bagaimana? Peniaga perolehi untung melalui pembelian kita tapi kita sekadar mendapat barang tanpa pulangan lain. 

Kenapa kita perlu teruskan berada dalam kerugian? Zumal syorkan anda berubah kepada lifestyle yang lebih baik. Misalnya jika anda topup anda dapat semula wang dalam bentuk bonus yang membolehkan anda gunakan untuk perkara lain pula. 

Begitu juga dengan pelbagai barang yang anda selalu shopping tu dan dapatkan semula keuntungan pada diri anda dan kongsikan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan supaya mereka membantu diri mereka juga dan disamping itu anda juga membantu mereka semua. Nak tahu bagaimana? Kenalah WhatsApp 0125747869.
Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui umum, hari nie Datuk Seri Najib telah membentangkan Bajet 2016.

Bajet 2016


BRIM 2016

Bagi penerima BRIM pasti ternanti-nanti tentang kadar BRIM 2016. PM telah memaklumkan jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000, akan menerima BR1M sebanyak  RM1,050;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950  kepada RM1000;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 ringgit kepada RM400.

Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion. Copy dari Dunia Zumal.
Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam selepas azan Zuhur rakan kiosk sebelah Zumal pun pergi ke surau untuk solat. Tetiba 5 minit kemudian datang seorang mak cik bertudung labuh bertanya Zumal dalam intonasi garang. " Mana budak jaga kiosk ni pergi!!!" Zumal jawab dengan sopan, "Solat, mak cik..." Tapi makcik tu balas "Macam mana la berniaga macam nie!!!" Zumal diam je la.


Dalam hati terfikir, kami yang berniaga nie ada instinct yang makcik nak datang beli ke? Habis salah ke kami yang berniaga nie solat. Kat Makkah pun dorang tinggal je kedai bila masuk waktu solat. Wahai makcik penampilan anda tak melambangkan personaliti diri anda rupanya. Aduhai....
Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan

Situasi 1

Saya: Saya dah lama minat kat awak, sudikah awak berkawan dengan saya???

Dia: Ceh, perasan. Belah la wooi!!!


Situasi 2

Saya: Awak, sebenarnya saya sukakan awak...

Dia: Eh, ye ke? Sebenarnya saya juga begitu...


Situasi 1 kenyataan. Situasi 2, ayat drama je tu. Hehe. Mungkin tak akan berlaku dalam realiti. Betul tak?
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie nak cerita pasal kejadian semalam dan sebelumnya. 

Boboboy 


Di rumah Zumal ada lebih kurang 17 ekor kucing sekarang nie. Ibu ada 2 ja. Teh dan Kabu. Anak Kabu tu sekor ja, selebihnya anak Teh. 

Anak sulung jantan Teh namanya Boboy. Boboy nie paling disayangi tok Zumal. Selalu dimanjakan. Dua hari lalu Boboy bergaduh 2 kali. Dalam 2 kali juga Boboy jatuh longkang. Kesian Boboy tu. 

Hari nie pula Boboy keluar rumah dari pagi tak balik-balik sampai malam. Tok dia dah risau la. Dalam pukul 7.00 malam tok call sambil nangis-nangis beritahu Boboy belum balik.

Zumal pun tutup kiosk awal sebab nak balik. Risaukan tok tu. Boboy dah besar dah confirm ok punya. Sampai Zumal kat rumah, Boboy pun sampai juga. Alahai Boboy.

Kalau korang nak tahu dalam berbelas ekor kucing Zumal  Boboy nie paling demand nak makan. Boboy hanya makan ayam goreng je tau. Kucinta tu adik-adik Boboy je makan. Sekian...
Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?

Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:

http://ephyra.my/?id=cimy

Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Ephyra.my?:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.
3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.

Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!

Terima kasih.
Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hari nie Zumal nak kongsikan sikit tentang bangsawan. Kenapa? Sebabnya sekarang nie tak ramai yang tahu pasal bangsawan nie. Idea nie terlahir dari bualan Zumal dalam group  WhatsApp bloggerutara.Sebenarnya  topik asal tentang asal usul keluarga.

Keluarga  arwah tok wan Zumal adalah berasal dari Pulau Pinang. Kisah nie sebelum zaman P. Ramlee lagi. Sebelum adanya layar perak, orang Tanah Melayu masa tu hanya ada hiburan bangsawan selain wayang kulit, boria dan sebagainya.

Bangsawan


Apa itu bangsawan? Bangsawan merujuk kepada pementasan teater tradisional yang menekan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang digayakan dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Wikipedia.

Bangsawan nie berbeza dengan golongan bangsawan. Golongan bangsawan atau aristokrasi pula merupakan suatu sistem kerajaan dimana pemerintahnya berasal dari golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan di sini tidak semestinya termasuk golongan raja tapi mereka yang datang dari kumpulan berstatus tinggi dan berharta.

Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Newer Posts
Older Posts

Visitor

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Followers

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • September 2019 (1)
  • Ogos 2019 (4)
  • Disember 2017 (1)
  • Disember 2015 (1)
  • Oktober 2015 (11)
  • September 2014 (1)
  • Julai 2014 (1)
  • Mei 2014 (1)
  • April 2014 (1)
  • Mac 2014 (2)
  • Februari 2014 (12)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates