• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Diari Encik Zumal


Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam Maal Hijrah buat semua. Hari ni 62 tahun dah tanah air kita merdeka. Syukur atas nikmat kemerdekaan ini. Alhamdulillah.

Hari ni izinkan Zumal membebel. Korang tahu tak Zumal ni full-time blogger? Kadang-kadang ada orang kata bagus la buat full-time mesti masyuk. Sebenarnya orang yang glamorous tu mungkin income masyuk tapi insan tak glamor macam Zumal ni kekadang je ada job. Habis tu kenapa buat blog full-time? Sebabnya Zumal ada masalah kesihatan yang sangat kritikal juga (pada Zumal). Selain itu masalah depression yang amat sangat. Mudah stress bagai. Dulu ada kerja pun berhenti sebab dah tak mampu buat.

Sekarang ni kalau ada tawaran bab blog ni memang Zumal grab. Zumal grab pun sebab poket dah nazak. Bil berbulan tunggak. Malangnya bayang income pun lambat betul masuk. Lepas tu yang tertunggak makin bertambah. Dan kepala makin serabut dan stress. Lepas tu kalau update kat media sosial nanti adalah la yang bagi kuliah bagai kat Zumal. Zumal tahu semua tu. Zumal solat, Zumal juga doa. Tapi dah duduk sorang layan stress ni dengan cara update status tu boleh buat rasa lega tau. Duk sorang, selain doa tak kan nak Zumal sembang dengan dinding. Memang la ciri-ciri keadaan Zumal ni boleh bawa ke arah gila tu.

Sekarang beberapa barang peribadi pun terpaksa jual sebab nak makan pun tak de duit tau. Itu la seksanya jadi blogger full-time. 

Lagi satu, kita dah susah ni. Ada juga nak menipu, ambil barang tak bayar-bayar. Kita jual sebab nak makan. Dia pekena kita pulak. Dulu ada job kat Perak, pergi semua ditanggung masa balik naik grab pergi stesen kena bayar sendiri. Duit dah tipis gila. Sampai rumah, yang bagi job tu pulak nak pinjam duit. Uish kita dah sesak, dia kata esok bayar. Akhirnya sampai sekarang tak bayar pun. Nyesal kenal orang-orang macam tu. Tapi itu la kehidupan mesti ada dugaan. Moga Zumal tak bunuh diri je la. Salam Merdeka. Aku je tak merdeka lagi. Bye.
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak beberapa bulan lalu Zumal merantau dari Kangar ke Klang lepas tu ke Muar dan kemudian balik semula ke Klang lepas tu ke Kota Bharu dan kembali ke Kangar semula. Perjalanan bukan kerana pergi melancong tapi jumpa sanak saudara yang jarang dapat jumpa.

Dalam semua lokasi yang Zumal pergi hanya Kangar je buat hati Zumal tenang sebab semua tempat Zumal pergi jem dan serabut. Zumal pulak jenis mudah stress ada bising-bising sikit dah buat sakit kepala. Jadi Zumal ambil keputusan balik semula ke Perlis Indera Kayangan. 

Duduk Perlis pun ada masa jem tapi masih ada masa lain lapang dan tenteram. Jem memang tak boleh elak sebab dunia dah maju, orang pun nak maju. Semua berkenderaan sana-sini. Rakyat pulak makin bertambah jadi kita redha je la perubahan yang berlaku.

Masa duduk di Kota Bharu selama seminggu lebih hari tu, dapat la jalan-jalan juga. Jem-jem juga tapi masih boleh masuk dengan Zumal ni. Mungkin kerana negeri serambi Mekah agaknya. Sebab tu rasa tak stress.

Arifah Tomyam Seafood 

Menjamu selera dengan Abe Mat
Masa dekat Kelantan, Abe Mat ni mangsa Zumal untuk pergi jalan-jalan 😁 Abe Mat ni sepupu ayah saudara Zumal yang tinggal di KB. Abe Mat je free sebab dia kerja malam.

Zumal dengan Pak Cik (ayah saudara)
Ada juga jalan-jalan dengan ayah saudara dan mak saudara dekat sana tapi banyak tempat makan cuma tak banyak gambar sebab fon selalu buat hal. Kerja makan je. Hehe 😁 Gambar di atas tu di Pantai Bachok. Kami pergi lunch.

Masa lunch di Su Warung Nasi Kerabu Ketereh

Ada hari lepas tu kami ke Ketereh, pak cik nak bawak try nasi kerabu yang special dekat situ. Zumal makan nasi kerabu daging, memang terbaik la. Daging pun lembut. Masa dekat sana terserempat Abe Kamarool Haji Yusoff sorang pelakon veteran. Kalau cerita-cerita gangster dulu-dulu dia mesti ada. Sekarang pun aktif lagi. Peramah orangnya. Lepas makan tu kami pergi berendam di kolam air panas pulak. Dekat-dekat situ je la. 
Ikut pak cik memborong buah-buah di Sg Golok

Ni dekat Kompleks Imigresen Sg Golok

Kami juga jalan-jalan di Sg Golok, gambar kat FB dan IG je yer. Jalan sana beli buah-buah je. Murah dari beli dalam Malaysia tau. Bayangkan manggis RM1 je sekilo, dekat belah Malaysia mana jumpa harga tu. Yang lain pun murah juga. Ok la nanti Zumal kongsi cerita lagi.

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam selepas azan Zuhur rakan kiosk sebelah Zumal pun pergi ke surau untuk solat. Tetiba 5 minit kemudian datang seorang mak cik bertudung labuh bertanya Zumal dalam intonasi garang. " Mana budak jaga kiosk ni pergi!!!" Zumal jawab dengan sopan, "Solat, mak cik..." Tapi makcik tu balas "Macam mana la berniaga macam nie!!!" Zumal diam je la.


Dalam hati terfikir, kami yang berniaga nie ada instinct yang makcik nak datang beli ke? Habis salah ke kami yang berniaga nie solat. Kat Makkah pun dorang tinggal je kedai bila masuk waktu solat. Wahai makcik penampilan anda tak melambangkan personaliti diri anda rupanya. Aduhai....
Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan

Situasi 1

Saya: Saya dah lama minat kat awak, sudikah awak berkawan dengan saya???

Dia: Ceh, perasan. Belah la wooi!!!


Situasi 2

Saya: Awak, sebenarnya saya sukakan awak...

Dia: Eh, ye ke? Sebenarnya saya juga begitu...


Situasi 1 kenyataan. Situasi 2, ayat drama je tu. Hehe. Mungkin tak akan berlaku dalam realiti. Betul tak?
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie nak cerita pasal kejadian semalam dan sebelumnya. 

Boboboy 


Di rumah Zumal ada lebih kurang 17 ekor kucing sekarang nie. Ibu ada 2 ja. Teh dan Kabu. Anak Kabu tu sekor ja, selebihnya anak Teh. 

Anak sulung jantan Teh namanya Boboy. Boboy nie paling disayangi tok Zumal. Selalu dimanjakan. Dua hari lalu Boboy bergaduh 2 kali. Dalam 2 kali juga Boboy jatuh longkang. Kesian Boboy tu. 

Hari nie pula Boboy keluar rumah dari pagi tak balik-balik sampai malam. Tok dia dah risau la. Dalam pukul 7.00 malam tok call sambil nangis-nangis beritahu Boboy belum balik.

Zumal pun tutup kiosk awal sebab nak balik. Risaukan tok tu. Boboy dah besar dah confirm ok punya. Sampai Zumal kat rumah, Boboy pun sampai juga. Alahai Boboy.

Kalau korang nak tahu dalam berbelas ekor kucing Zumal  Boboy nie paling demand nak makan. Boboy hanya makan ayam goreng je tau. Kucinta tu adik-adik Boboy je makan. Sekian...
Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hari nie Zumal nak kongsikan sikit tentang bangsawan. Kenapa? Sebabnya sekarang nie tak ramai yang tahu pasal bangsawan nie. Idea nie terlahir dari bualan Zumal dalam group  WhatsApp bloggerutara.Sebenarnya  topik asal tentang asal usul keluarga.

Keluarga  arwah tok wan Zumal adalah berasal dari Pulau Pinang. Kisah nie sebelum zaman P. Ramlee lagi. Sebelum adanya layar perak, orang Tanah Melayu masa tu hanya ada hiburan bangsawan selain wayang kulit, boria dan sebagainya.

Bangsawan


Apa itu bangsawan? Bangsawan merujuk kepada pementasan teater tradisional yang menekan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang digayakan dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Wikipedia.

Bangsawan nie berbeza dengan golongan bangsawan. Golongan bangsawan atau aristokrasi pula merupakan suatu sistem kerajaan dimana pemerintahnya berasal dari golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan di sini tidak semestinya termasuk golongan raja tapi mereka yang datang dari kumpulan berstatus tinggi dan berharta.

Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1437. Masuknya waktu Maghrib semalam maka bermulalah tahun baru 1437 bagi umat Islam seluruh dunia. Syukur Alhamdulillah...

Sempena tahun 1437 ini Zumal berazam untuk berubah cara hidup agar mengikut sepenuhnya syariat Islam. Insha Allah...

Zumal berazam akan istiqamah dalam melakukan amalan yang berlandaskan Islam dan membentuk diri ini ke arah jalan yang diredhai agar keberkatan dalam kehidupan itu lebih jelas... Insha Allah...

Doakanlah Zumal ke arah kebaikan dan menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat...
Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hai kenal Zumal tak? Lama tak bersiaran di blog nie. Dulu url blog nie azmworld.blogspot.com tapi hari nie secara rasmi Zumal bertukar ke url baru encikzumal.blogspot.my.


Jangan tersilap blog duniazumal.blogspot.my masih wujud tau. Cuma blog nie agak lama ditinggalkan tapi masa mandi manda pagi tadi datang pulak idea nak hidupkan blog nie dengan nama baru. Idea dari bilik air kot. Bukan tempat baik la Zumal. Ish...

Hari nie Zumal buka kiosk perniagaan  lewat sikit. Pukul 2.00 petang. Orang lain dah fikir nak balik Zumal baru nak berniaga  kan??? Alahai pelik ko nie!!! Cuma nak gossip tadi ada orang tu membelek kiosk Zumal. Zumal tak nampak la tapi puan jaga yang maklumkan.

Zumal terfikir customer  yang datang tapi selepas beberapa  minit orang tu datang lagi. Bukan customer tapi pesaing yang besor. Tolonglah encik pesaing, awok dah kayo jangan la duk memporak peranda bisnes orang lain k. Kenapa fikir camtu? Sebabnya Zumal kenal sangat dengan dia. Mak cik dia bomoh tau. Fuh ketaq I. Hehe. Opps...
Share
Tweet
Pin
Share
18 ulasan
Older Posts

Visitor

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Followers

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • September 2019 (1)
  • Ogos 2019 (4)
  • Disember 2017 (1)
  • Disember 2015 (1)
  • Oktober 2015 (11)
  • September 2014 (1)
  • Julai 2014 (1)
  • Mei 2014 (1)
  • April 2014 (1)
  • Mac 2014 (2)
  • Februari 2014 (12)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates