• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Diari Encik Zumal

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tahukah anda seluruh Malaysia akan melangkah ke satu era siaran digital mulai 30 September 2019 ini? Kepada anda yang masih menggunakan antena analog, anda tidak akan menerima siaran TV selepas 30 September 2019 nanti. Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara yang menggunakan siaran digital sepenuhnya selepas negara Singapura dan Brunei. Sistem digital ini akan membolehkan anda menikmati mutu siaran lebih baik dan berkualiti. Walaupun anda masih menggunakan TV lama siaran digital boleh jadikan gambar di TV anda dalam bentuk HD. Bermakna anda akan nampak gambar lebih cantik dan terang.

Dekoder MyTV



Di mana untuk dapatkan dekoder?


Anda belum ada dekoder? Jangan risau kerana di mana-mana kedai elektrik atau kedai menjual TV ada menjual dekoder. Jika anda mahukan siaran berbayar, anda boleh melanggan Astro. Bagi anda yang ingin siaran percuma ada boleh membeli dekoder NJOI atau pun MyFreeView. 

Jika anda membeli TV jenis IDTV atau DTTV anda tidak perlu lagi memasang dekoder kerana ianya telah wujud dekoder terbina dalam. Jadi anda hanya perlu sambung TV anda kepada antena UHF. Sekarang anda boleh pilih sama ada beli dekoder atau tukar TV baru.

Apa itu MyFreeView ?

MyFreeView atau Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Beli Dekoder Secara Online

Tahukah anda, bahawa anda boleh membeli dekoder MyTV ini secara online. Anda boleh memilih untuk beli dari dalam negara ataupun di luar negara. Ianya ada dijual di Lazada dan Shopee.
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama Zumal tak berkongsi melalui blog ini kan? Hmm. Hari ni Zumal nak kongsikan satu topik buat anda semua. Membantu Diri Sendiri.

Bagaimana untuk membantu diri sendiri??? Sebelum kita membantu orang lain adalah wajar kita membantu diri kita sendiri. 

Bagaimana? Kita sememangnya telah selalu membantu orang lain tanpa kita sedari. Kita selalu berbelanja, beli makanan, minuman, barang dapur, penjagaan diri, dan lain-lain sebenarnya kita dah membantu peniaga tersebut. 

Kita tanpa sedari berada dalam kerugian. Kerugian yang bagaimana? Peniaga perolehi untung melalui pembelian kita tapi kita sekadar mendapat barang tanpa pulangan lain. 

Kenapa kita perlu teruskan berada dalam kerugian? Zumal syorkan anda berubah kepada lifestyle yang lebih baik. Misalnya jika anda topup anda dapat semula wang dalam bentuk bonus yang membolehkan anda gunakan untuk perkara lain pula. 

Begitu juga dengan pelbagai barang yang anda selalu shopping tu dan dapatkan semula keuntungan pada diri anda dan kongsikan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan supaya mereka membantu diri mereka juga dan disamping itu anda juga membantu mereka semua. Nak tahu bagaimana? Kenalah WhatsApp 0125747869.
Share
Tweet
Pin
Share
8 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui umum, hari nie Datuk Seri Najib telah membentangkan Bajet 2016.

Bajet 2016


BRIM 2016

Bagi penerima BRIM pasti ternanti-nanti tentang kadar BRIM 2016. PM telah memaklumkan jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000, akan menerima BR1M sebanyak  RM1,050;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950  kepada RM1000;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 ringgit kepada RM400.

Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion. Copy dari Dunia Zumal.
Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hari nie Zumal nak kongsikan sikit tentang bangsawan. Kenapa? Sebabnya sekarang nie tak ramai yang tahu pasal bangsawan nie. Idea nie terlahir dari bualan Zumal dalam group  WhatsApp bloggerutara.Sebenarnya  topik asal tentang asal usul keluarga.

Keluarga  arwah tok wan Zumal adalah berasal dari Pulau Pinang. Kisah nie sebelum zaman P. Ramlee lagi. Sebelum adanya layar perak, orang Tanah Melayu masa tu hanya ada hiburan bangsawan selain wayang kulit, boria dan sebagainya.

Bangsawan


Apa itu bangsawan? Bangsawan merujuk kepada pementasan teater tradisional yang menekan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang digayakan dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Wikipedia.

Bangsawan nie berbeza dengan golongan bangsawan. Golongan bangsawan atau aristokrasi pula merupakan suatu sistem kerajaan dimana pemerintahnya berasal dari golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan di sini tidak semestinya termasuk golongan raja tapi mereka yang datang dari kumpulan berstatus tinggi dan berharta.

Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Older Posts

Visitor

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Followers

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • September 2019 (1)
  • Ogos 2019 (4)
  • Disember 2017 (1)
  • Disember 2015 (1)
  • Oktober 2015 (11)
  • September 2014 (1)
  • Julai 2014 (1)
  • Mei 2014 (1)
  • April 2014 (1)
  • Mac 2014 (2)
  • Februari 2014 (12)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates