• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Dikuasakan oleh Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Diari Encik Zumal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui umum, hari nie Datuk Seri Najib telah membentangkan Bajet 2016.

Bajet 2016


BRIM 2016

Bagi penerima BRIM pasti ternanti-nanti tentang kadar BRIM 2016. PM telah memaklumkan jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000, akan menerima BR1M sebanyak  RM1,050;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950  kepada RM1000;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 ringgit kepada RM400.

Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan RM5.9 bilion. Copy dari Dunia Zumal.
Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam selepas azan Zuhur rakan kiosk sebelah Zumal pun pergi ke surau untuk solat. Tetiba 5 minit kemudian datang seorang mak cik bertudung labuh bertanya Zumal dalam intonasi garang. " Mana budak jaga kiosk ni pergi!!!" Zumal jawab dengan sopan, "Solat, mak cik..." Tapi makcik tu balas "Macam mana la berniaga macam nie!!!" Zumal diam je la.


Dalam hati terfikir, kami yang berniaga nie ada instinct yang makcik nak datang beli ke? Habis salah ke kami yang berniaga nie solat. Kat Makkah pun dorang tinggal je kedai bila masuk waktu solat. Wahai makcik penampilan anda tak melambangkan personaliti diri anda rupanya. Aduhai....
Share
Tweet
Pin
Share
12 ulasan

Situasi 1

Saya: Saya dah lama minat kat awak, sudikah awak berkawan dengan saya???

Dia: Ceh, perasan. Belah la wooi!!!


Situasi 2

Saya: Awak, sebenarnya saya sukakan awak...

Dia: Eh, ye ke? Sebenarnya saya juga begitu...


Situasi 1 kenyataan. Situasi 2, ayat drama je tu. Hehe. Mungkin tak akan berlaku dalam realiti. Betul tak?
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie nak cerita pasal kejadian semalam dan sebelumnya. 

Boboboy 


Di rumah Zumal ada lebih kurang 17 ekor kucing sekarang nie. Ibu ada 2 ja. Teh dan Kabu. Anak Kabu tu sekor ja, selebihnya anak Teh. 

Anak sulung jantan Teh namanya Boboy. Boboy nie paling disayangi tok Zumal. Selalu dimanjakan. Dua hari lalu Boboy bergaduh 2 kali. Dalam 2 kali juga Boboy jatuh longkang. Kesian Boboy tu. 

Hari nie pula Boboy keluar rumah dari pagi tak balik-balik sampai malam. Tok dia dah risau la. Dalam pukul 7.00 malam tok call sambil nangis-nangis beritahu Boboy belum balik.

Zumal pun tutup kiosk awal sebab nak balik. Risaukan tok tu. Boboy dah besar dah confirm ok punya. Sampai Zumal kat rumah, Boboy pun sampai juga. Alahai Boboy.

Kalau korang nak tahu dalam berbelas ekor kucing Zumal  Boboy nie paling demand nak makan. Boboy hanya makan ayam goreng je tau. Kucinta tu adik-adik Boboy je makan. Sekian...
Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?

Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Ephyra.my dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:

http://ephyra.my/?id=cimy

Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Ephyra.my?:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!

Apa yang lebih menarik lagi?

1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 3% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Ephyra.my.
3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.

Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!

Terima kasih.
Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hari nie Zumal nak kongsikan sikit tentang bangsawan. Kenapa? Sebabnya sekarang nie tak ramai yang tahu pasal bangsawan nie. Idea nie terlahir dari bualan Zumal dalam group  WhatsApp bloggerutara.Sebenarnya  topik asal tentang asal usul keluarga.

Keluarga  arwah tok wan Zumal adalah berasal dari Pulau Pinang. Kisah nie sebelum zaman P. Ramlee lagi. Sebelum adanya layar perak, orang Tanah Melayu masa tu hanya ada hiburan bangsawan selain wayang kulit, boria dan sebagainya.

Bangsawan


Apa itu bangsawan? Bangsawan merujuk kepada pementasan teater tradisional yang menekan gaya bahasa dan cara percakapan dan juga gerak laku yang digayakan dan lain dari teater moden yang lebih berbentuk kepada realisme. Wikipedia.

Bangsawan nie berbeza dengan golongan bangsawan. Golongan bangsawan atau aristokrasi pula merupakan suatu sistem kerajaan dimana pemerintahnya berasal dari golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan di sini tidak semestinya termasuk golongan raja tapi mereka yang datang dari kumpulan berstatus tinggi dan berharta.

Share
Tweet
Pin
Share
1 ulasan
Beberapa hari dapat email beritahu ada pendaftaran 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pasti korang tahu yang Zumal nie buat affiliate kan? Kenapa yang Zumal syok sangat buat affiliate tu?

Mungkin anda tidak percaya tetapi ini adalah fakta yang anda patut terima!! Sebanyak RM700 komisyen telah berjaya dikutip hasil usaha 500 lebih agen affiliate yang telah didaftar di :

>> http://www.niagaaffiliate.com/hop1.php?ref=duniazumal


Daftar percuma pun dapat duit. Inilah sebabnya ramai blogger  buat duit dari affiliate. Ini adalah antara faktor utama yang menentukan hasil mereka:

1. bertindak cepat
2. bertindak bijak
3. bertindak tepat

CEPAT!

Dah daftar, kini upgrade akaun affiliate korang ke status STARTER dengan hanya RM20.00.


BIJAK!

Korang hanya perlu taja 20 orang sudah pulang modal.

TEPAT!

Mula promosi selepas upgrade ke STARTER tanpa menungggu dan melengah sebab masa tidak menunggu korang .


Upgrade di :

>> http://www.niagaaffiliate.com/hop1.php?ref=duniazumal 

Sekian.
Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Kucinta kau? Eh Zumal cinta pada siapa agaknya yer. Sebenarnya ianya bukan pasal cinta pada seseorang tapi...

Kucinta


Hah... Dah dapat jawapannya. Itulah Kucinta. Makanan kucing yang selalu Zumal belikan buat si manja di rumah nie.

Kucinta nie dipack dalam packing bersaiz 1kg. Ianya 100% nutrisi seimbang, tanpa bahan pengawet, boleh mencegah FLUTD dan kaya dengan omega 3 dan 6.

Produk Kucinta dihasilkan bersih dan suci tanpa bahan yang haram. Walaupun yang nak makan itu adalah kucing, bersih dan suci menjamin kesihatan kucing kita. 

Paling penting yang korang patut tahu, Kucinta nie paling murah. Sekilo hanya RM7.30. Sebelum GST dulu Zumal beli dengan harga RM6.90.

Produk Kucinta ini adalah keluaran Thailand, korang boleh dapatkan di mana-mana kedai dan pasaraya berhampiran...
Share
Tweet
Pin
Share
3 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1437. Masuknya waktu Maghrib semalam maka bermulalah tahun baru 1437 bagi umat Islam seluruh dunia. Syukur Alhamdulillah...

Sempena tahun 1437 ini Zumal berazam untuk berubah cara hidup agar mengikut sepenuhnya syariat Islam. Insha Allah...

Zumal berazam akan istiqamah dalam melakukan amalan yang berlandaskan Islam dan membentuk diri ini ke arah jalan yang diredhai agar keberkatan dalam kehidupan itu lebih jelas... Insha Allah...

Doakanlah Zumal ke arah kebaikan dan menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat...
Share
Tweet
Pin
Share
5 ulasan
Klik Untuk Join 



Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hari nie Zumal dijemput oleh Fida untuk sertai segmen terbarunya. Tapi Fida, nie blog baru ke? Jom jemput join sama... 


Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
Assalamualaikum  dan salam sejahtera  semua. Hai kenal Zumal tak? Lama tak bersiaran di blog nie. Dulu url blog nie azmworld.blogspot.com tapi hari nie secara rasmi Zumal bertukar ke url baru encikzumal.blogspot.my.


Jangan tersilap blog duniazumal.blogspot.my masih wujud tau. Cuma blog nie agak lama ditinggalkan tapi masa mandi manda pagi tadi datang pulak idea nak hidupkan blog nie dengan nama baru. Idea dari bilik air kot. Bukan tempat baik la Zumal. Ish...

Hari nie Zumal buka kiosk perniagaan  lewat sikit. Pukul 2.00 petang. Orang lain dah fikir nak balik Zumal baru nak berniaga  kan??? Alahai pelik ko nie!!! Cuma nak gossip tadi ada orang tu membelek kiosk Zumal. Zumal tak nampak la tapi puan jaga yang maklumkan.

Zumal terfikir customer  yang datang tapi selepas beberapa  minit orang tu datang lagi. Bukan customer tapi pesaing yang besor. Tolonglah encik pesaing, awok dah kayo jangan la duk memporak peranda bisnes orang lain k. Kenapa fikir camtu? Sebabnya Zumal kenal sangat dengan dia. Mak cik dia bomoh tau. Fuh ketaq I. Hehe. Opps...
Share
Tweet
Pin
Share
18 ulasan
Newer Posts
Older Posts

Visitor

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

Followers

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • September 2019 (1)
  • Ogos 2019 (4)
  • Disember 2017 (1)
  • Disember 2015 (1)
  • Oktober 2015 (11)
  • September 2014 (1)
  • Julai 2014 (1)
  • Mei 2014 (1)
  • April 2014 (1)
  • Mac 2014 (2)
  • Februari 2014 (12)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates