Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hmmm sejak balik Perlis ni rasa kebuluran sangat tau. Itulah nasib full-time blogger yang tak popular. Kalau popular tu job laju je masuk. Income pun besar. Sejak lepas sampai Perlis hari minggu pertama je makan mewah sikit sebab ada duit sikit, isi petrol, pergi dobi bagai. Minggu kedua hingga sekarang dah rasa macam nak jadi pengemis jer. Jual apa saja yang ada. Untuk beli makan. Bayar juga hutang sama. Dalam seminggu hanya 2 kali Zumal rasa dapat beli nasi bungkus, hari-hari lain hanya makan nestum atau megi. Sepaket nestum tu makan sekali je. Itu je makan dalam sehari. Rasanya penyakit gastric pun dah kembali. Rasa sakit sangat. Nak buat macam mana tak mampu. Masa dekat KB pun harap ayah dan mak saudara payung je tau. Segan juga sebab tu balik. Hari tu jual blog konon kawan tu nak bayar malamnya, tapi sampai sekarang tak bayar. Penipu betul. Dah la kita ni susah lagi ada nak menyusahkan kita. Patut la laki pun lari. Hutang kau bulan satu hari tu pun kau tak bagi lagi. Ingat dah insaf tapi tidak rupanya.
Assalamualaikum, Salam Merdeka, Salam Maal Hijrah buat semua. Hari ni 62 tahun dah tanah air kita merdeka. Syukur atas nikmat kemerdekaan ini. Alhamdulillah.
Hari ni izinkan Zumal membebel. Korang tahu tak Zumal ni full-time blogger? Kadang-kadang ada orang kata bagus la buat full-time mesti masyuk. Sebenarnya orang yang glamorous tu mungkin income masyuk tapi insan tak glamor macam Zumal ni kekadang je ada job. Habis tu kenapa buat blog full-time? Sebabnya Zumal ada masalah kesihatan yang sangat kritikal juga (pada Zumal). Selain itu masalah depression yang amat sangat. Mudah stress bagai. Dulu ada kerja pun berhenti sebab dah tak mampu buat.
Sekarang ni kalau ada tawaran bab blog ni memang Zumal grab. Zumal grab pun sebab poket dah nazak. Bil berbulan tunggak. Malangnya bayang income pun lambat betul masuk. Lepas tu yang tertunggak makin bertambah. Dan kepala makin serabut dan stress. Lepas tu kalau update kat media sosial nanti adalah la yang bagi kuliah bagai kat Zumal. Zumal tahu semua tu. Zumal solat, Zumal juga doa. Tapi dah duduk sorang layan stress ni dengan cara update status tu boleh buat rasa lega tau. Duk sorang, selain doa tak kan nak Zumal sembang dengan dinding. Memang la ciri-ciri keadaan Zumal ni boleh bawa ke arah gila tu.
Sekarang beberapa barang peribadi pun terpaksa jual sebab nak makan pun tak de duit tau. Itu la seksanya jadi blogger full-time.
Lagi satu, kita dah susah ni. Ada juga nak menipu, ambil barang tak bayar-bayar. Kita jual sebab nak makan. Dia pekena kita pulak. Dulu ada job kat Perak, pergi semua ditanggung masa balik naik grab pergi stesen kena bayar sendiri. Duit dah tipis gila. Sampai rumah, yang bagi job tu pulak nak pinjam duit. Uish kita dah sesak, dia kata esok bayar. Akhirnya sampai sekarang tak bayar pun. Nyesal kenal orang-orang macam tu. Tapi itu la kehidupan mesti ada dugaan. Moga Zumal tak bunuh diri je la. Salam Merdeka. Aku je tak merdeka lagi. Bye.
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak beberapa bulan lalu Zumal merantau dari Kangar ke Klang lepas tu ke Muar dan kemudian balik semula ke Klang lepas tu ke Kota Bharu dan kembali ke Kangar semula. Perjalanan bukan kerana pergi melancong tapi jumpa sanak saudara yang jarang dapat jumpa.
Dalam semua lokasi yang Zumal pergi hanya Kangar je buat hati Zumal tenang sebab semua tempat Zumal pergi jem dan serabut. Zumal pulak jenis mudah stress ada bising-bising sikit dah buat sakit kepala. Jadi Zumal ambil keputusan balik semula ke Perlis Indera Kayangan.
Duduk Perlis pun ada masa jem tapi masih ada masa lain lapang dan tenteram. Jem memang tak boleh elak sebab dunia dah maju, orang pun nak maju. Semua berkenderaan sana-sini. Rakyat pulak makin bertambah jadi kita redha je la perubahan yang berlaku.
Masa duduk di Kota Bharu selama seminggu lebih hari tu, dapat la jalan-jalan juga. Jem-jem juga tapi masih boleh masuk dengan Zumal ni. Mungkin kerana negeri serambi Mekah agaknya. Sebab tu rasa tak stress.
Arifah Tomyam Seafood |
Menjamu selera dengan Abe Mat |
Masa dekat Kelantan, Abe Mat ni mangsa Zumal untuk pergi jalan-jalan 😁 Abe Mat ni sepupu ayah saudara Zumal yang tinggal di KB. Abe Mat je free sebab dia kerja malam.
Zumal dengan Pak Cik (ayah saudara) |
Ada juga jalan-jalan dengan ayah saudara dan mak saudara dekat sana tapi banyak tempat makan cuma tak banyak gambar sebab fon selalu buat hal. Kerja makan je. Hehe 😁 Gambar di atas tu di Pantai Bachok. Kami pergi lunch.
Masa lunch di Su Warung Nasi Kerabu Ketereh |
Ada hari lepas tu kami ke Ketereh, pak cik nak bawak try nasi kerabu yang special dekat situ. Zumal makan nasi kerabu daging, memang terbaik la. Daging pun lembut. Masa dekat sana terserempat Abe Kamarool Haji Yusoff sorang pelakon veteran. Kalau cerita-cerita gangster dulu-dulu dia mesti ada. Sekarang pun aktif lagi. Peramah orangnya. Lepas makan tu kami pergi berendam di kolam air panas pulak. Dekat-dekat situ je la.
Ikut pak cik memborong buah-buah di Sg Golok |
Ni dekat Kompleks Imigresen Sg Golok |
Kami juga jalan-jalan di Sg Golok, gambar kat FB dan IG je yer. Jalan sana beli buah-buah je. Murah dari beli dalam Malaysia tau. Bayangkan manggis RM1 je sekilo, dekat belah Malaysia mana jumpa harga tu. Yang lain pun murah juga. Ok la nanti Zumal kongsi cerita lagi.
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Tahukah anda seluruh Malaysia akan melangkah ke satu era siaran digital mulai 30 September 2019 ini? Kepada anda yang masih menggunakan antena analog, anda tidak akan menerima siaran TV selepas 30 September 2019 nanti. Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara yang menggunakan siaran digital sepenuhnya selepas negara Singapura dan Brunei. Sistem digital ini akan membolehkan anda menikmati mutu siaran lebih baik dan berkualiti. Walaupun anda masih menggunakan TV lama siaran digital boleh jadikan gambar di TV anda dalam bentuk HD. Bermakna anda akan nampak gambar lebih cantik dan terang.
Di mana untuk dapatkan dekoder?
Anda belum ada dekoder? Jangan risau kerana di mana-mana kedai elektrik atau kedai menjual TV ada menjual dekoder. Jika anda mahukan siaran berbayar, anda boleh melanggan Astro. Bagi anda yang ingin siaran percuma ada boleh membeli dekoder NJOI atau pun MyFreeView.
Jika anda membeli TV jenis IDTV atau DTTV anda tidak perlu lagi memasang dekoder kerana ianya telah wujud dekoder terbina dalam. Jadi anda hanya perlu sambung TV anda kepada antena UHF. Sekarang anda boleh pilih sama ada beli dekoder atau tukar TV baru.
Apa itu MyFreeView ?
MyFreeView atau Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.
Beli Dekoder Secara Online
Tahukah anda, bahawa anda boleh membeli dekoder MyTV ini secara online. Anda boleh memilih untuk beli dari dalam negara ataupun di luar negara. Ianya ada dijual di Lazada dan Shopee.
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak hujung-hujung puasa lalu Zumal berhijrah ke Klang sebab nak ikut family balik raya di Johor. Lama gila tak balik Johor. Sejak tahun 1999 lagi. Lepas habis seminggu di Johor, balik ke Klang semula. Awal bulan Julai ayah dan mama ke Mekah tunaikan haji. Selama 46 hari. Jadi Zumal ni jaga kedai ayah kat sana. Dekat nak Raya Aidiladha, Zumal pergi Kelantan pulak. Lepas tu balik Perlis.
Masa dekat Klang, Zumal banyak join contest dan giveaway. Ada juga yang menang. Alhamdulillah la. Dapat perfume, pod dan baju macam dalam gambar tu.
Nak cerita pasal baju tu sebenarnya. Baju ni Zumal menang giveaway dari FB @extravaganzafutsal atau korang boleh search Extravaganza Futsal Shop. Dorang jual baju futsal, baju khas sempena Merdeka, kasut futsal, kasut sukan la nak tahu kena terjah FB dan IG mereka tu. Harga semua mampu milik OK. Terima kasih kepada Extravaganza Futsal Shop kerana sudi beri hadiah ini.
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Aku ni memang pelik. Sebab aku susah sangat nak faham orang.
Ada masalah rumah tangga report kat fb, lepas tu ramai la duk kutuk suami/isteri kat fb tu. Aku ni tau juga masalah tu, tapi cuba tanya pada diri apa hang duk buat selama ni betoi ka? Hmm tanya k. Bukan tanya kat fb.
Aku tau aku pun susah. Hang pun sedaq hang susah. Jadi jangan la hidup stail orang kaya. Bersyukur la apa yang ada. Jalan2. Dah susah jimat sikit duk rumah ja.
Lagi tu kita kalau susah tak perlu la nak beli itu ini nak rai sambutan itu ini. Simpan duit untuk nak belanja makan hari-hari tu. Ni bila hang tak dak duit mula up status kat fb cakap pasangan tak support bagai. Dia support pun ada hang nampak ka? Rasanya hang tak sedaq.
Lagi satu kes, bawak la faham sama. Orang tu kekadang dia susah tak cukup makan. Jadi tak payah duk fikiaq pasal dia tak duit beli ubat lak. Makan penting tau. Ubat klinik 1 Malaysia ada jangan risau. Ni bagi ubat herga ratus2 buat apa baik bagi duit ja bagi dia beli makan. Hmmmm.
Ni plastik sampah pun hampa bagi kat dia. Benda hat simple jangan la hampa duk buat teruk fikiaq. Dia tu nak belanja tak cukup. Bagi duit boleh la dia fikiaq nak buh minyak moto pi kerja bagai.
Aku tintong dah dengan perangai manusia ni. Aku tak faham camna hampa fikiaq. Maybe betoi aku ni alien.
Memang aku tau post kali ni akan mengundang parah buat diri sendiri. Akhir sekali jangan kecam aku. Bye...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama Zumal tak berkongsi melalui blog ini kan? Hmm. Hari ni Zumal nak kongsikan satu topik buat anda semua. Membantu Diri Sendiri.
Bagaimana untuk membantu diri sendiri??? Sebelum kita membantu orang lain adalah wajar kita membantu diri kita sendiri.
Bagaimana? Kita sememangnya telah selalu membantu orang lain tanpa kita sedari. Kita selalu berbelanja, beli makanan, minuman, barang dapur, penjagaan diri, dan lain-lain sebenarnya kita dah membantu peniaga tersebut.
Kita tanpa sedari berada dalam kerugian. Kerugian yang bagaimana? Peniaga perolehi untung melalui pembelian kita tapi kita sekadar mendapat barang tanpa pulangan lain.
Kenapa kita perlu teruskan berada dalam kerugian? Zumal syorkan anda berubah kepada lifestyle yang lebih baik. Misalnya jika anda topup anda dapat semula wang dalam bentuk bonus yang membolehkan anda gunakan untuk perkara lain pula.
Begitu juga dengan pelbagai barang yang anda selalu shopping tu dan dapatkan semula keuntungan pada diri anda dan kongsikan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan supaya mereka membantu diri mereka juga dan disamping itu anda juga membantu mereka semua. Nak tahu bagaimana? Kenalah WhatsApp 0125747869.